Friday, January 03, 2014

Parah



Dijamah semua bahagian hati aku,
Kalau kau telan semua,
Tinggal apa untuk aku?

Biar aku telan,
Supaya tumbuh yang baru.
Biar aku semai,
Berbajakan hati aku.

Berdarah, dan membengkak.
Buat apa kau telan hati yang berdarah, dan membengkak?
Apa kau tidak punya otak?
Pilihan hati, bukan cuma aku.

Kerana luka.
Kerana luka yang kau bawa.
Nampak parah, tapi kau tetap membawa hati yang sama.
Kau kuat, aku tahu.
Hati kau, hati kau cerita semua.




No comments: