Monday, December 02, 2013

Salah Ukur



Imran menjeling jam tangannya berulang kali. termasuk kali ini, dah nak masuk 7 kali Imran menjeling jam tangan mahal Fossil nya itu.

"celaka." bisik amarahnya.

ternampak kelibat lelaki kurus, berbaju merah dan berseluar coklat cair, sahabat lamanya Johan.

"hah, sampai jugak budak bertuah tu. Hoi!" panggil Imran.

sahabatnya tadi terus melambai dan menjurus ke tempat duduk Imran. 

"dah order ke belum, Im?" tanya Johan, tercungap cungap penat. tadi bergegas mungkin.

"kepala hotak engkauu. mestilah dah. aku dah tunggu dari pukul 2 petang tadi tahu tak? sekarang kau tengok dah pukul berapa? satu jam setengah aku tunggu!" bebel Imran.

"hehe. sorry lah bro. kau nie takkan tak faham. sama sama melayu kan. kalau dah janji pukul 2 nak bertemu tu, kau pandai pandailah adjust sendiri. hehe."

"banyak lah kau punya melayu. aku melayu campur arab tau, berbeza dari 'darah pemalas' kau tu."

"makan dalam jugak kau nie ye, Im."

"dah kau nie nak makan ke tak?"

"tape lah. aku tade mood nak makan. hmm."

"dah pulak dia nie, memang melayu betul lah! kata tadi nak makan sama sama. kalau aku tahu, takkan aku biarkan sejuk nasi lauk aku nie ha. sorang perempuan melayu tu lagi mana? tak habis solek lagi?"

"hehe. sorry lah. kau nie asyik nak marah dari tadi? PMS tu bukan untuk kaum perempuan je ke, Im? Murni? entah dia. tadi whatsapp tengah cari parking."

"banyak kau punya sorry. satu jam setengah tu, kalau aku guna untuk buat assignment BEL, dah siap agaknya."

"hmm. dah lah kau nie membebel kalah perempuan. aku dah lah tade mood."

"kau tade mood apasal pulak nie? kata tadi, PMS untuk perempuan je. hehehe." balas sarkastik Imran.

"kau nie Im. kau ke penulis Hlovate yang aku cari tu? sarkastik mendalam nak mampus. hmm. kau ingat tak dengan perempuan satu fakulti aku yang aku cerita hari tu?"

"Carrina? hah kenapa dengan dia?"

"hmph. aku tak faham lah dengan perempuan zaman sekarang nie. materialistik! orang macam kita nie Im, yang pergi kuliah setakat pakai motorsikal memang tak kena pandang langsung dengan perempuan zaman sekarang nie."

"marah betul kau ye. suka hati kau je nak generalize kan perempuan macam tu. kang nanti ada perempuan dengar, lagi dia orang tak nak dengan lelaki stereotype macam kau nie."

"aku cakap yang benar lah, Im. perempuan zaman sekarang memang semua macam tu." Johan mengeluh panjang.

Di tepuk tepuk belakang badan Johan. Imran lantas memesan satu gelas Teh Tarik Ais buat sahabat lamanya itu. biar boleh melegakan sikit rasa marah Johan terhadap kaum hawa.

"hmm. aku bukan apa lah Johan. walaupun aku tak kenal Carrina tu siapa, tapi aku yakin dia tak layak untuk kau. come on, Johan. buat apa kau nak bersedih pasal perempuan materialistik macam tu? banyak lagi bunga yang kau boleh petik kat Malaysia nie."

"aku tak fahamlah. aku nie teruk sangat ke Imran? aku nie miskin sangat ke? aku nie hodoh sangat ke? sampai tade perempuan nak kat aku."

perbualan mereka terganggu sedikit oleh mamak Hakim, dihidangnya Teh Tarik Ais yang dipesan Imran buat sahabatnya sebentar tadi.

"kah kah kah. soalan kau kenapa kesian sangat?" Imran menyambung gelaknya. pertanyaan sahabatnya tadi benar benar mencuit hati Imran.

"kau nie. aku serious lah, Im. semua perempuan yang aku suka, semua tak nak dengan aku. Zaty? Arysha? Hannah? semuanya tolak aku mentah mentah. padahal aku dah follow tips macam mana nak ambil hati perempuan kat internet tau. aku dah study habis habis!"

tergelak lagi Imran. lebih kuat dari gelaknya awal tadi.

"kah kah kah! buat lawak betul kau nie Johan. baik kau study subject Land Law kau tu lagi berbaloi. hmm. kau tu kena reflect diri kau jugak. kau tak boleh salahkan perempuan."

"maksud kau?" tanya Johan sambil menghirup Teh Tarik Ais nya.

"cuba kau imbas balik kriteria kriteria perempuan perempuan yang kau pernah suka tadi. semua sepesen je aku tengok."

"maksud kau, free-hair?"

"kau nie boleh tahan bodoh jugak aku tengok. cuba kau imbas mendalam sikit. Zaty? anak Dato' Mansor, ahli business terkenal dikalangan orang melayu. Arysha? si anak bongsu dari 3 beradik, mak ayah ada Law background. Hannah pulak tak silap aku, yang drive Mini Cooper merah tu kan?"

tersentap seketika Johan dengan kenyataan Imran tadi.

"Johan.. aku bukan nak cakap apa. dalam proses memilih pasangan, kita patut ukur dibaju sendiri. dah kau yang salah ukur, kau pulak nak salahkan gender lain?"

"dah itu je yang menarik kat mata aku. nak buat macam mana?"

"sebab tu lain kali nak cari pasangan jangan jadi superficial sangat. yang didalam tu lagi penting dari luaran. dan jangan mudah sangat nak jatuh suka dengan orang yang kau tak berapa kenal. study dulu perempuan tu macam mana, sesuai ke tak nak disesuaikan dengan lelaki berekonomi tak stabil macam kau nie. kah kah."

"hmm. yelah Imran. aku sedar aku siapa."

"ha bagus! bagus lah kalau kau sedar. kalau dah sedar diri tu, lain kali jangan buat benda yang sama lagi. Johan.. ramai je perempuan yang tak memandang harta, bukan macam yang kau cakap tadi. kau yang kena pandai cari. lagipun, Islam kan menggalakkan perkahwinan sekufu. mesti ada sebab munasabah kenapa Islam menggalakkan perkahwinan macam nie dan bukannya untuk membeza bezakan orang yang berharta atau tidak, bukan.."

"betul jugak cakap kau nie. dulu time kakak aku nak kahwin dengan abang ipar aku anak doktor nie, macam macam masalah berlaku. berselisih pendapat. yelah, ayah aku kerjanya kerani je. pemikiran tak sama macam doktor tu. lagi satu yang buat aku sedih, anak buah aku tu hah. tak nak balik rumah mak aku. katanya, tak suka sebab nenek sebelah sini rumah sempit. nak jugak tidur kat rumah nenek rumah besar, dapat duit poket pulak tu."

"haa.. itu lah salah satu sebabnya. tapi itu tak kesahlah. alah budak budak biasalah tu. kau tak perlulah terasa. belajar sungguh sungguh, dah kerja nanti, kau pulak tolong kaya kan mak bapak kau. bina satu banglo besar."

"kau nie, Im. boleh tahan bagus jugak kan dalam bab bab menasihat orang nie."

Imran tersenyum bangga sambil mengangkat kedua bahunya.

"KORANGGGG!" jerit seorang perempuan bertubuh gempal, berwajah sedang sedang, genit. ini mesti Murni.

"amboi kau. cari parking bukan main lama. parking kat mana? atas bumbung?" tanya Imran berbaur gurauan pedih.

"bukanlah. I tadi singgah kedai butik kat sana jap. tengah lalu tu, terjeling pulak selendang cantik. masuk dalam, lagi lah syurga!"

Johan mencelah, "baru tinggal setahun kat sini dah lupa daratan. kau tu orang sabah. tak payah nak ber "I" "U" dengan kita orang yang dok celah utara nie."

"kolot sangat kau nie kenapa Johan? suka hati 'I' (ditekan bunyinya) lah!" marah Murni.

"dah lah. aku nak balik. hang lambat sangat, Murni. Im, aku blah dulu. nak balik, nak study Land Law. aku nak jadi lelaki bervisi lepas nie. kah kah. terima kasih, Im." kata Johan tersenyum sambil berjabat tangan dengan sahabatnya, Imran.

"bye makcik gemokkkkk." sambung Johan sambil memuncung kan bibirnya, saja untuk menyakat Murni.

"blah lah kau cepat!" herdik Murni.

Johan beredar dari situ.



"kenapa murni? selalu kau tak kesah je bila Johan menyakat. hari nie kau kurang 'kebal' pulak? lupa bawak perisai?"

"hish. aku dah lah bad mood hari nie. si kurus tu boleh pulak menambah sakit hati aku. hmmph!"

"hari nie memang 'hari bad-mood' sedunia ke apa?"

"hah?" tanya Murni, pelik.

"tade pape. lupakan. kau bad mood hari nie kenapa pulak?"

"hmmm. Im... aku sedih nie. lelaki yang aku suka tu, dah ada girlfriend lain. hmm."

"ya Allah, nie sorang lagi satu. siapa? tak pernah cerita kat aku pun?"

"jap. aku bagi tengok kau insta dia jap. hah." Murni menghulur telefon bimbitnya kepada Imran.

"uhh. boleh tahan kacak. gaya macam Nick Wooster. classy! girlfriend dia pulak?"

"jap.. hah, nie." di tunjuknya pula gambar 'Nick Wooster' itu bergambar berdua dengan kekasihnya.

"cantik. muka macam arab-arab sikit. kurus, bergaya jugak dia nie. berbeza dengan kau yang gaya selekeh. kah kah!"

"hishhh! kau pun sama macam Johan tadi. saja nak bagi aku lagi bad mood hari nie!"

"kah kah kah. rileks. aku gurau je lah Murni. kau nie pun satu. 'Nick Wooster' kau tu ibarat lelaki yang mendiam dilangit ketujuh, susah sangat kau nak capai."

"kau nak sindir aku nie pendek ke apa nie Im?"

"bukan lah Murni. kau nie, sampai kesitu pulak. macam nie lah. aku just nak cakap satu benda je. kalau kita nie nak suka kat budak hipster, jadi lah budak hipster. kalau nak dekat budak pandai, jadi lah budak pandai.  kalau nak kat ustaz pulak, hah. jadi ustazah. kau cuba reflect yang aku cakap nie, dan kau fikir secara mendalam. bunyinya macam kolot, tapi maksudnya sebenar dalam."

"hmmm. yelah, Im. aku tade mood nak berfikir sekarang nie. nanti nanti lah."

Imran tersenyum. tangannya menghulur ke poket jeans nya, mencapai telefon bimbit. lantas membuka app twitter dan menulis,

"kalaulah aku berkerja sebagai kaunselor, boleh kaya aku hari nie."


****


rupa sekadar rupa. harta sekadar harta. tiada nilai berbanding hati yang suci, dan akhlak yang cantik.



No comments: