Saturday, October 05, 2013

why do people judge you by the way you dress?



"dont judge books by its cover." selalu je dengar ayat nie. 'cover' tu bukan hanya refers to, the way you look, or the way you behave kan? even cara kau dress up pun orang akan judge kau macam mana. lagi hebat, dari cara pemakaian kau, orang boleh agak kau nie dah matang ke belum. bunyi macam kelakar, tapi itu lah hakikatnya. sedih tak sedih, benda nie memang menimpa aku sekarang.

for now, aku lebih selesa dengan pemakaian yang simple/sempoi. boleh dikatakan abit boyish? kemeja petak, oversized tshirt kat dalam, shawl, jeans, dan sneakers. makeup pun calit bedak je, lipstick sikit, and mascara kat mata untuk tutup bedak muka tepu kat bulu mata. eyeliners pun malas gila da nak pakai sekarang. compare to dulu, aku abit feminine. selalu pakai cam dress comel comel tu, mekap lebih sikit, eyeliners tak pernah tinggal, blusher dua belah pipi pun wajib calit. nie makeup tebai camni, setakat nak pegi kelas je pun. nak tunjuk kat sape pun aku tak faham.

sometimes, pelik jugak lah dengan diri sendiri. macam kawan aku cakap, aku punya perubahan macam back to basic. retrospective macam tu lah kiranya. biasa orang berubah dari yang simple ke terlebih lebih. but now, honestly, aku da malas nak ambil kesah dalam banyak benda. bagi aku, yang penting apa apa yang aku buat, aku still jadi diri aku. im not dress to impress, aku pakai yang aku rasa comfortable, cukup.

aku tak suka pakai baju baju feminine nie sebab aku kena cover banyak benda. lagi tak suka pakai dress. nak cover butt, malu lelaki nampak. LOL. nak cover perut. eh penat lah tahan nafas sepanjang masa. lagi lagi nak pakai high heels, lagi lah ya Allah. bikin sakit kaki aku je. buat masa sekarang pun semua kasut aku flat. wedges pun tak ada langsung dah. time raya haritu pun pakai flipflop. sonang hidup den.

bagi makeup makeup nie pulak. perspective aku sekarang is, perempuan paling cantik kalau tak bermakeup, in another words, nampak natural. tak kira lah kau rasa hodoh macam mana pun diri kau, aku tetap rasa kau nampak cantik bila tak bermakeup. kalau dulu, memang takut nak tinggal kan eyeliners, confident memang lowest tahap gaban lah kalau tak pakai eyeliners. rasa macam mayat bergerak, rasa tak cantik, rasa pucat, rasa semua lelaki tanak pandang aku sebab aku hodoh. sebenarnya, itu semua mainan perasaan je pun. padahal, even pakai eyeliners pun lelaki still tak bother nak pandang aku, sebab kehodohan tetap sama. hahaha. tak jauh beza okay perempuan? korang je rasa hodoh gila bila tak pakai eyeliners. padahal ok je pun. unless lah kalau korang da terbiasa pakai eyeliners tebal seinchi, ditambah dengan smokey eyes yang gelap, the tetiba tak pakai apa apa, memang at first, nampak pelik jugak lah. nampak abit pucat dari biasa. tapi itu awal awal je. kang dah lama lama, orang tak lah ambil kisah pun. minimal makeup lagi cantik, dari yang tebai tebai kemain. lelaki lagi suka perempuan yang pakai makeup minimal, yang masih nampak kecantikan natural nya. korang je nak impress lelaki lebih, sampai pakai makeup tebai 2 inchi. perempuan pakai bedak, and lipbalm tu cukup lah bagi aku. bedak tu pun untuk protect kulit wajah dari cahaya matahari, takut rosak pulak kulit, and lipbalm tu untuk mengelakkan muka jadi pucat cam mayat. unless lah, kalau lips korang dah naturally merah, ha untung lah. aku lips gelap sikit, tak meyah, kena take effort sikit.

tapi bila dah jadi macam nie (in my case), orang ingat aku tak jaga diri sendiri. lagi lagi kakak aku lah. dia lah yang suka sangat mendorong aku nak berubah jadi feminine, kurus dan jaga kulit bagai nie. aku nie pulak, bab bab jadi feminine nie, bukan tanak. tapi kalau dah tu bukan diri aku, memang tak lah aku nak jadi camtu. kurus? jawapan wajib aku, "im happy this way. kurus sangat macam lah cantik pun." jaga kulit? as long as aku ambil dan praktiskan benda basic like basuh muka sebelum tidur, jaga kebersihan muka, dah cukup dah lah bagi aku. nak pakai mask lemon tiap minggu macam kakak aku rekomen, siap suruh makan kalogen tu memang taklah. aku lagi taknak kulit cerah. biar lah maintain kulit gelap macam nie, asalkan bersih. rasa sayang nak tinggalkan warna kulit original. bagi aku, kulit gelap tak semestinya tak cantik. terpulang lah pada yang menilai, tapi kalau aku menilai orang, aku lebih detail. pandang mata, pandang bibir, padang bentuk badan, dan bukan hanya pandang pada kecantikan wajah. maksud aku, kalau aku nampak mata perempuan tu cantik, or senyumannya manis, pun dah cukup cantik bagi aku. thats why orang selalu cakap, aku senang sangat nak puji orang cantik. padahal, dia yang tak pandai menilai. gituuu.

moving on to the real topic. adakah cara pemakaian seseorang tu boleh menunjukkan diri dia sebenar, bagi aku bergantung. tapi nak cakap orang tu matang dari segi pemakaian dia, memang tak relevan langsung. biasa orang orang yang berpakaian seperti aku nie, yang abit boyish, simple ke, or funky style cam camtu, orang selalu kaitkan dengan "oh, budak budak lagi dia nie." yang pakai baju baju feminine pulak, "she's a lady, dah pandai jaga diri, mesti matang." something like that lah. eh hello? pakai simple simple, tak jaga diri lah? lain orang, lain preference okay. tak semua perempuan suka pakai feminine dress. kadang kadang yang selalu pakai benda benda yang nampak feminine tu lagi tak matang. drama lebih.

konklusinya, takyah nak judge orang by the way they dress. or by the way she/he acts. bagi aku, nak tengok kematangan seseorang bukan tengok pada perangai dia. ada orang memang jenis yang playful, nampak cam budak budak je perangai, ada orang nampak very serious, tapi semua nie is not an indicator of your maturity level. kematangan seseorang hanya boleh dinampak on how orang tu handle problems dia, life dya, handle some situations, or even in making a decision. itu yang boleh menunjuk kan kematangan seseorang. nie, nampak orang tu forever serious je, matang? yang orang playful tu, tak matang? hotak hang. dah tuhan jadikan kita nie dengan pelbagai karakter kan? in short, takyah nak judge orang dari luarannya ye kawan kawan.

dah penat membebel. bai lah.

No comments: