Wednesday, August 28, 2013

losing faith in love?



sekarang nie, tengah cuti semester. kalau UiTM bagi cuti semester agak panjang lah kot berbanding IPTA yang lain. 2 bulan. tapi bagi aku, 2 bulan tu masih tak mencukupi. 2 bulan tu baru tahap tahap nak memanaskan badan je.

masa cuti cuti nie, aku banyak habiskan masa aku babysit budak dua orang tu. budak dua orang tu anak buah aku. mama dia pergi kerja, aku dengan mak aku lah take charge jaga budak dua orang tu. best memang best, tapi stress lebih. aku rasa macam tanak ada anak je lepas jaga budak dua orang tu. aktif bukan main.

cuti dah nak habis. tinggal dua minggu je lagi. time final countdown nie lah aku banyak keluar jumpa kawan kawan lama aku. kawan kawan sekolah dulu. jumpa dorang nie memang keluar lah tanduk segala sifat setan yang ada dalam diri aku. tak adanya aku nak control control. berbeza dengan classmate aku sekarang nie. kalau dalam kelas sekarang aku banyak diam. senyum pun, senyum setengah je. bercakap dengan kawan kawan yang aku baru rapat tu je. tapi aku ada perangai sopan yang baru, aku tak berbual pun dengan lelaki. aku berbual bila dalam group discussion je. itu pun sorang tu je. aku lagi selesa senyap. tapi dengan orang yang aku tak rapat je lah. kalau orang gelar aku sombong pun, aku peduli apa. memang kebenarannya pun.

sebab itu lah aku sayang dengan kawan kawan lama aku. dorang ni je lah yang nampak diri sebenar aku. tapi masalah bila berjumpa dengan dorang nie satu je. soalan wajib yang dorang akan tanya, "kau apa macam cerita sekarang? boyfriend orang mana?" aku pun slumber je lah jawap, "single masih pun. tak ada orang nak dengan aku." lepas je aku jawap macam tu, dorang akan balas, "elehh, takdak orang nak ke, kau yang jual mahal?"

serius aku takde pun jual mahal. memang tak ada orang nak kat aku. tade pun mana mana lelaki sibuk nak tanya nama aku ke, nak berkenalan dengan aku ke, nak sibuk sibuk mintak number phone aku ke, tade. dalam faculty ke, dalam kelas ke, memang tade pun kena pandang aku nie. faculty law belambak kot perempuan hotsetapp. aku tahap average pun masi jauh macam langit lagi nak capai.
sedih tu, sedih jugak. bukan sedih sebab single, tapi sebab tak cantik. hahaha. aku pun perempuan jugak. perempuan mana yang tak suka attensi.

honestly, aku memang sangat happy hidup single. bila aku cakap dengan kawan kawan macam nie, dorang macam tak percaya. "elehhh, tadi kau tengok lelaki hensem tadi, suka jugak kauu." memang lah. perempuan mana yang tak suka tengok lelaki kacak? syukur Alhamdulillah jugak perasaan aku masih normal, masih bernafsu jugak lagi. cuma nie bukan masalah hati kering tak suka tengok lelaki ke apa. aku suka single, sebab aku tak suka commitment. lagi sekarang, aku lagi berhati hati dan tak nak senang tersuka dengan mana mana lelaki. tau je lah aku nie lain sikit. kalau dulu memang senang nak ada crush. siap ada crush no 1, crush no 2, crush no 3 ect.

masalah aku, bila ada crush nie, aku memang suka gila gila. stalk twitter dorang, stalk gambar dorang, stalk blog or facebook account dan yang sewaktu dengannya. lepas tu, tak try nak tackle pun. nak mention kat twitter pun nervous. nak bertegur sapa face to face lagi lah seribu kali tak nak. aku nampak dia kat depan, aku lari jauh jauh. tak nak dia tegur aku. tapi suka perhatikan dari jauh. macam freako gila aku nie. aktiviti stalk aku nie kadang kadang berbuah hasil jugak. dari situ lah aku dapat tahu yang dia ada girlfriend ke, ada crush ke, and dari sini jugak lah aku kecewa nak mati. sebab ini lah aku da malas nak suka suka orang. perasaan kecewa tu dah penat dah, dan aku tak nak cari pasal. kena berhati hati. salah aku jugak sebab senang sangat tersuka dengan orang.

pasal relationship pulak, macam aku cakap tadi, aku tak suka ada commitment. aku rasa rimas bila ada boyfriend. part paling aku tak suka, perasaan tertunggu tunggu. tertunggu tunggu SMS/call si dia ke. tapi aku nie pun jenis pelik sikit. aku paling tak suka SMS or call lama lama. kalau call lama lama sekali sekala tu ok lah. tapi kalau selalu sangat aku rasa buang masa. lagi lagi bab SMS nie lah. punya lah hai buang masa. nak study lagi, nak layan SMS kau lagi. eh, rimas aku. tapi aku pun kena faham jugak, memang dalam phase perkenalan memang lah macam tu. soalan wajib, "you buat ape tu?" "you da makan?" acah acah caring tu memang lah perkara biasa. kalau tak macam nie macam mana kau nak kenal dia nie orang macam mana, hati dia macam mana, ye tak? tapi aku masih tak suka.

solusi orang macam aku nie, senang je. aku fikir kalau aku dah bersedia nak ada commitment, aku nak kahwin je terus. suruh mak aku carikan calon menantu. sonang den. kalau korang nak cakap, bercouple couple time muda nie memang patut untuk gain experience, aku rasa pengalaman yang aku dah gained dalam past relationships aku before nie insya Allah dah cukup. dalam kita berkawan biasa pun kau boleh jugak take chance untuk baca hati lelaki macam mana. tak semestinya kau perlu ada special relationship dengan dorang. besides, aku ada ramai kawan kawan lelaki yang rapat, dan perkara biasa dorang nie luahkan masalah relationship dorang dengan aku. aku nie pun, suka jugak mendengar, siap bagi tips pulak tu. LOL.

so, itu je lah yang aku nak sampaikan. aku bukan tak suka lelaki, bukan tak suka bercinta, tapi aku tak suka ada commitment. aku malas, aku rimas. ada tak orang yang berfikiran sama macam aku? haha. nak suka orang senyap senyap pun aku malas, lagi banyak kecewanya. eh menyampahlah aku. baik aku risau pasal law subjects yang aku tak habis belajar tu lagi bagus. adioss.


No comments: